Pelakon Yana Samsudin telah selamat melahirkan anak ketiganya walaupun sempat menghadapi masalah fasa hormon tidak stabil dan praeklampsia atau penyakit darah tinggi buat ibu hamil.
Selamat melahirkan
Meskipun tidak berkongsi tarikh ataupun keadaan bayi lelakinya itu selepas bersalin, Yana hanya berkongsi dirinya telah selamat bersalin anak lelakinya. Katanya, tekanan darahnya masih tak stabil pada ketika itu.
Lepas empat hari dekat hospital, BP masih tak stabil dari 140 sampai ke 170. Suami putuskan minta keluar juga dari hospital walaupun BP tinggi.
View this post on Instagram
Kejutan selepas bersalin
Ketika itu, Yana agak risau dengan persediaan anaknya yang baru lahir itu tidak cukup seperti baju dan kelengkapan ibu bersalin. Namun, suaminya membuat kejutan dengan membawanya ke KLC Post Natal Care.
Rupanya suami buat kejutan. Dia bawa ke KLC Post Natal Care. Tak terfikir Yana akan berpantang di sini.
View this post on Instagram
Tambah Yana, suaminya membuat kejutan tersebut kerana ingin isterinya itu dapat berpantang dengan tenang di samping dijaga dengan rapi di penjagaan berpantang itu.
Sebelum ini, Yana terpaksa dimasukkan ke hopsital kerana menghidap praeklampsia yang berpunca dari stress yang berlebihan.
The post “Suami Minta Keluar Hospital Juga Walau BP Tinggi..” – Yana Samsudin Selamat Bersalin Anak Ketiga, Suami Buat Kejutan Istimewa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments