Kecoh sejak beberapa hari yang lalu mengenai satu video yang menjadi tular di aplikasi X yang memaparkan orang ramai beratur panjang bagi mendapatkan manisan Cromboloni di sebuah kafe.
Difahamkan, orang ramai telah beratur menunggu giliran untuk membeli manisan itu selama hampir 6 jam namun berakhir dengan kekecewaan.
‘Cromboloni Day’ tak jadi?
Kedai pastri terkemuka itu sebelum ini telah mengadakan ‘Cromboloni Day’ namun pelanggan terpaksa berebut dengan ‘Personal Shopper’ sehingga ada yang mengadu beratur daripada jam 8.40 pagi sehingga 2.40 petang namun tidak dapat membelinya.
Video saat pelanggan ‘mengamuk’ dengan pemilik kafe itu kemudiannya dimuat naik ke aplikasi X oleh seorang individu dan telah menuai pelbagai respon di dalam kalangan netizen.
Staff kurang, tak tidur malam siapkan Cromboloni
Maklum pemilik kafe itu, mereka mengalami kekurangan staff dan tidak tidur malam bagi menyediakan manisan itu untuk tujuan jualan pada ‘Cromboloni Day’ berkenaan.
Personal Shopper juga didakwa sudah menempah Cromboloni tersebut lebih awal sekaligus membuatkan pelanggan lain tidak dapat membelinya pada hari yang sama.
Perbalahan itu kemudiannya mendapat kecaman setelah pemilik kafe itu didesak dan bertindak mengeluarkan kata-kata yang berunsur biadab dan tidak profesional.
Namun, netizen juga meluahkan rasa hairan dengan kesanggupan orang ramai untuk beratur lama bagi mendapatkan makanan yang diidamkan seolah-olah tiada hari esok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Abang Pernah Bake Ke?” – 6 Jam Beratur Nak Beli Cromboloni, Netizen Bengang ‘Owner’ Cafe Biadab Dengan Pelanggan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments