Tular sejak semalam mengenai sebuah video memaparkan seorang anggota polis trafik bertindak meminta ‘duit kopi’ daripada sepasang warga asing yang melancong di negara ini.
Warga asing itu yang juga pempengaruh media sosial terkenal difahamkan telah merakam perbualan dan video saat kejadian berlaku tanpa pengetahuan anggota polis trafik tersebut.
“Bayar sini RM100, kalau di balai, RM300”
Dalam video tersebut, anggota berkenaan memberi pelancong berkenaan dua pilihan sama ada membayar ‘saman’ di tempat kejadian sebanyak RM100 ataupun ke balai polis dengan bayaran sebanyak RM300.
Pasangan UK yg menjelajah dunia menaiki van mendakwa ditahan polis Malaysia kerana memandu laju & diminta bayar saman
Yg menghairankan, @TREADtheglobe diberi pilihan bayar RM300 di balai polis @ boleh bayar terus RM100 kepada anggota itu
TV3 sedang dapatkan komen polis Ipoh pic.twitter.com/QuGWNoDF2p
— Juliana Sharin (@julianaNewsMPB) January 28, 2024
Berikutan tularnya video tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri memaklumkan pihak mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota tersebut.
Anggota berkenaan yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga asing yang berasal dari United Kingdom tersebut akan disiasat dan pihak mereka tidak akan bertoleransi ke atas pegawan terbabit.
Perbuatan yang memalukan penjawat awam
Netizen di media sosial memberikan reaksi pelbagai terhadap video yang tular itu dan rata-ratanya merasakan ia sebagai perbuatan memalukan dan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa di Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Memalukan Malaysia” – Anggota Polis Trafik ‘Minta RM100’ Dalam Klip Video Tular Disiasat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments