Trend makanan manis yang tular di negara kita ini seperti cromboloni dan kek tapak kuda semakin dahsyat sehinggakan ramai yang sanggup berpusu-pusu beratur panjang demi untuk tidak ketinggalan untuk mencubanya.
Namun, trend ini sebenarnya sangat membimbangkan dan ramai doktor sudah menyebarkan kesedaran menerusi media sosial tentang bahayanya makanan manis berlebihan.
Makin ramai orang muda ada sakit kronik
Seorang doktor wanita baru-baru ini meluahkan kerisauannya tentang hal tersebut dan turut mendedahkan bahawa semakin ramai anak muda yang ditimpa penyakit kronik.
Katanya, klinik kini dibanjiri orang muda yang bukan sahaja ada sakit kronik tetapi juga masalah obesiti malah pernah ada individu muda yang datang dalam keadaan strok.
Pesakit kronik yang datang ke kita (doktor), makin muda. Saya ada pesakit umur 20 tahun, diabetes tahap 2. Obesiti, perlukan insulin, dah kahwin sukar dapat anak. Bukan seorang, tapi ramai. Umur 35 tahun, strok.
Makin ramai ada masalah kesuburan
Menerusi video di TikTok tersebut juga, doktor bernama Irma Izzati itu turut berkata makin ramai rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kesuburan.
Irma turut berharap agar golongan content creator, influencer malah peniaga makanan manis juga untuk menerima apa yang disampaikan olehnya itu daripada sudut yang positif.
Afterall, Islam pun tekankan kesederhanaan dalam semua benda. (Trend) ini dah dah semakin tak terkawal dan saya risau.
@drirmaizzatiRisau… Semakin muda dan muda yang membanjiri klinik sekarang ni dengan sakit2 kronik & obesiti….♬ original sound – dr irma
The post Trend Makanan Viral Terlalu Manis, Doktor Risau Makin Ramai Anak Muda Sakit Kronik – “Umur 20 Tahun Diabetes Tahap 2” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments