Isteri kepada pelakon Aman Graseka, Reena Arina akhirnya memberikan respon setelah keluarganya terpalit dengan isu ‘scammer’ berikutan didakwa kerap meminta sumbangan rakan artis.
Sebelum ini, Reena telah dipalit dengan dakwaan menjadi dalang di sebalik permohonan bantuan kewangan yang dipohon kepada rakan-rakan artis.
Saya tak tahu, tak berani nak komen
Dia yang dihubungi media tampil memberikan jawapan ringkas mengenai pertuduhan itu.
Saya tak tahu nak jawab. Abang Aman sudah cakap hari itu, jadi saya tak tahu. Saya tak berani nak komen. Minta maaf.
Malah, ketika media memohon untuk bercakap dengan Aman, Reena memberi alasan bahawa suaminya itu tiada di rumah.
Nak cakap dengan abang? Pasal kes yang itu ya? Kami pun tak tahu. Abang Aman tiada, dia keluar.
Reena juga memberitahu bahawa dia tidak mengetahui sebab Aman enggan menjawab panggilan media.
Sebelum ini, bekas isteri Aman, penyanyi Mas Idayu ada membuat kenyataan mengenai isu itu dan percaya bahawa insan yang meminta bantuan kewangan dari rakan-rakan artis itu bukanlah pelakon itu sebaliknya isteri, Reena.
Ini kerana menurut Mas Idayu, bekas suaminya itu bukanlah seorang yang gemar meminta-minta bantuan daripada orang lain.
Isu itu mula mendapat perhatian setelah Aman Graseka mendakwa dia dan keluarga hidup baik-baik sahaja setelah personaliti TV dan penyampai radio Sharifah Shahira ada memuat naik satu hantaran Instagram yang memaparkan pelakon itu memohon bantuan orang ramai bagi menyara kehidupan isteri dan anak-anaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Isteri Aman Graseka Buka Mulut Isu ‘Scammer’ Dan Mohon Derma Rakan Artis – “Abang Aman Sudah Cakap Hari Tu..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments