Seorang gadis berusia 24 tahun akhirnya terjerat dengan hutang ah long hampir RM32,000 hanya kerana ingin membayar sewa rumah.
Gadis itu hidup tidak tenteram gara-gara dikejar ceti haram dan memaklumkan hutang itu bermula setelah dia gagal melunaskan pinjaman wang yang dibuat pada Mac tahun lalu.
Berhutang sebab nak bayar sewa rumah
Menurutnya, dia membuat pinjaman bagi membayar deposit rumah sewa yang dihuninya.
Mula bulan Mac tahun lepas sebab nak pindah rumah, perlukan deposit, sebab tu saya pinjam. Ada yang saya chat sendiri, ada juga daripada Facebook, saya mohon kat sana.
Sebab saya ingat mereka ada lesen. Lepas tu saya tak boleh nak bayar sebab kena bayar mingguan, bukan bulanan.
Gali lubang tutup lubang
Berikutan itu, dia meminjam dengan ah long yang lain bagi membayar hutang sebelumnya sebelum berakhir dengan 16 orang ceti haram sehingga hutang mencecah RM32,000.
Dia (ah long) datang rumah fotostat MyKad, dia print dan tulis situ peminjam tak bayar. Dia letak nombor fon dia dan campak depan rumah.
Dia punya interest apabila lambat bayar sehari naik sampai RM1,000. So, saya rasa macam mereka melampau. Memang menyesal sangat sebab buat keputusan macam ni.
Video gadis itu memohon bantuan ibunya turut dimuat naik satu ‘channel’ di YouTube buat pengajaran orang ramai di luar sana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati namun ada juga tertanya-tanya tentang jumlah sewa rumah yang perlu dibayar gadis ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Bunga RM1,000 Sehari” – Gadis 24 Tahun Pinjam 16 Ah Long Untuk Bayar Sewa Rumah, Akhirnya Terjerat Hutang RM32K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments