Sekumpulan TikToker yang terkenal dengan konten paranormal didakwa telah menceroboh rumah orang awam untuk membuat video dan perkara itu didedahkan oleh ahli keluarga pemilik rumah terbabit.
Difahamkan, pengadu yang bernama Feiza Pcoy telah menegur tindakan kumpulan itu namun dia langsung tidak diendahkan malah turut disekat agar tidak dapat meninggalkan komen di hantaran mereka.
Konon ada saka, itu rumah mak mentua takde penyewa
Kata Feiza, rumah tersebut merupakan milik ibu mentuanya dan ia tidak pernah disewakan kepada sesiapa namun kumpulan tersebut mendakwa kononnya owner kediaman itu menyimpan saka.
Sampai hati TikToker Paranormal ceroboh rumah ini demi content mereka. Rumah inilah mak mentua, kakak ipar, abang ipar aku dibesarkan. Aku kahwin pun di rumah ini. Selebriti Amylea siap nyanyi masa aku kahwin di sini.
Ceroboh rumah orang, memfitnah semata-mata untuk tarik views
Tambahnya lagi, rumah itu tidak berpenghuni kerana pemiliknya kini tinggal di Kuala Lumpur namun kediaman berkenaan menjadi tempat semua keluarga atau sanak saudara berkumpul seperti pada Hari Raya.
Rumah ini juga tidak pernah disewakan seperti yang didakwa oleh TikToker Paranormal itu. Satu Malaysia kena scam dengan penipuan TikToker Paranormal ini. Yang followers mereka pun entah macam mana boleh taksub dengan mereka. Bukan main block aku masa siaran langsung. Cuak la tu.
Feiza turut menuntut agar kumpulan tersebut membuat penjelasan tentang hal sebenar sebelum perkara itu menjadi lebih teruk.
Semata-mata nak tarik viewers dan mendapat hasil daripada memfitnah ini dengan suka-suka buat live, content sehingga menceroboh rumah orang.
TikToker tampil mohon maaf
Selepas penipuannya terbongkar, wakil daripada kumpulan tersebut telah berjumpa dengan Feiza dan memohon maaf atas apa yang mereka lakukan.
Bagaimanapun, Feiza tetap tegas mahu TikToker itu membuat permohonan maaf secara terbukan di laman sosial tersebut dan mengakui konten mereka tidak benar.
Dek kerana video itu tular, Feiza berkata ia membuatkan orang ramai percaya bahawa pemilik rumah terbabit membela saka serta ada kejadian mistik yang mengganggu.
Saya nak awak perjelaskan perkara ini dan katakan bahawa semua tuduhan itu tidak benar. Sebaliknya itu hanya lakonan awak bersama pasukan dan kru awak. Awak kena buat permohonan maaf sebab ini melibatkan maruah keluarga kami.
Tolonglah berhenti menipu masyarakat dengan video video palsu awak tu. Kalau betul tak apa, saya tahu awak cari makan. Tapi berhentilah menipu masyarakat, tak baik dan tak berkat.
The post Konon Pemilik Rumah Ada Saka, Geng TikToker Paranormal Kantoi Ceroboh Rumah Orang – “Satu Malaysia Kena ‘Scam'” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments