Semalam, kecoh di platform X selepas pelakon, Nabila Huda memuat naik status meluahkan rasa marah terhadap seorang individu dimana identitinya masih belum diketahui.
Manusia paling jahat!
Dapat dilihat dalam akaun media sosial pelakon tersebut, dia berkata individu tersebut merupakan manusia paling jahat yang pernah dia kenali.
Bahkan, seseorang yang ‘fake’, di mana mahu menunjukkan diri mempunyai sifat yang suka bekerja keras.
Kau lah manusia paling jahat yang pernah aku jumpa dalam hidup…paling paling jahat..Serious. This one jangan lah main-main..Ni jenis manusia yang dahaga kan limelight. Nak rasa dihargai. Nak tunjuk buat kerja bersungguh-sunggu but very sneaky.. ada personal interest..
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 5, 2024
Akan bongkarkan semua kejahatan
Bukan itu saja, Nabila Huda atau mesra dipanggil sebagai Abil juga berkata dirinya akan membongkarkan segala kejahatan yang dibuat oleh individu berkenaan satu hari nanti.
One day aku akan reveal semua kejahatan kau. Kesabaran ada limit! Kau dah jauh sangat ni..
Netizen tertanya-tanya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapakah individu yang telah membuka aktres itu marah hingga memuat naik hantaran maki hamun di media sosialnya.
The post “Ingat Eh Betina One Day Aku Akan Reveal Kejahatan Kau, Jenis Manusia Dahagakan ‘Limelight’!” – Nabila Huda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments