Pelakon kontroversi, Fathia Latiff mendedahkan bahawa dia tidak suka dipanggil dengan nama ‘Ariana Rose’ yang merupakan watak drama dilakonkan aktres itu sebelum ini.
Fathia memaklumkan mengenai hal itu menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya semalam.
Malah, dia juga akan membuat laporan polis jika masih ada yang memanggilnya dengan gelaran itu.
Diam. Jangan panggil saya Ariana Rose saya sangat tak suka. Panggil saya Fatia a.k.a Fathia. Siapa yang langgar peraturan ini saya akan buat laporan kepada pihak berkuasa.
Menurutnya lagi, dia boleh berbuat demikian (lapor kepada pihak berkuasa) kerana ia di bawah undang-undang ‘Personal Liberty’.
Sebelum ini, nama Fathia Latiff kembali meniti di bibir peminat dan netizen di media sosial gara-gara tindakannya mengkritik wajah pelakon Zahirah MacWilson seperti bibik selain mendedahkan bahawa dia masih berdendam dengan suami aktres itu iaitu Aiman Hakim Ridza yang pernah menjadi kekasihnya suatu ketika dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Jangan Panggil Saya ‘Ariana Rose’, Saya Tak Suka”- Fathia Latiff first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments