Penyanyi Noh Salleh tampil menyangkal tuduhan yang dibuat bekas isteri, Mizz Nina mengenai isu penculikan anak mereka, Musa tempoh hari.
Ditemui media, Noh ingin menjelaskan dan membersihkan namanya daripada fitnah yang menuduhnya melarikan anak angkat mereka dengan bantuan pembantu rumah.
Saya perlu bersuara untuk pertahankan diri
Saya nak menyangkal cerita itu, tiada penculikan langsung. Saya diserahkan oleh ibu kandung Musa untuk menjaganya dengan rela hati. Amanah dia dapat dekat saya, bukannya ada perebutan..
..tapi mengikut dokumen dan undang-undang. Sekarang memang Musa bawah jagaan saya, dia tengah gembira sekarang. Memang saya difitnah melalui kenyataan yang menyasar teruk. Saya perlu bersuara sebab tiada unsur penculikan langsung.
Tambahnya lagi, dia ada cuba menghubungi bekas isterinya itu namun gagal dan menegaskan bahawa dia tidak berniat memisahkan Musa dengan Mizz Nina sebaliknya mahu berdamai agar dapat bersama-sama menjaga anak mereka dengan baik.
Terdahulu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga asing didakwa telah melarikan seorang anak berstatus anak angkat yang didalagi seorang vokalis kumpulan muzik terkenal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Ibu Kandung Musa Berikan Hak Penjagaan Kepada Saya Dengan Rela Hati” – Noh Salleh Nafi Culik Anak Daripada Mizz Nina first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments