#Hiburan: “Bila Ustaz Jual Terus Percaya!” – Anak Luah Rasa Bimbang Ibu Bapa ‘Sakan’ Beli Kopi Suplemen Konon Boleh Rawat Penyakit Kronik

Boleh dikatakan kebanyakan orang dewasa likungan umur 40-an hingga 60-an masih percaya dengan suplemen kesihatan yang dijual oleh syarikat tertentu.

Ibu bapa ‘sakan’ beli banyak suplemen

Melalui platform X baru-baru ini, seorang individu lelaki mendedahkan sikap ibu bapanya yang sering membeli suplemen kopi tidak berdaftar atau tidak ketahui sumbernya yang dikeluarkan di pasaran.

Advertisement

Disebabkan itu, dia berseloroh dengan berkata dirinya terpaksa menjadi ‘inspektor’ apabila pulang ke kampung untuk memeriksa segala suplemen-suplemen yang dibeli oleh orang tuanya.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, kelihatan ibu bapanya membeli beberapa jenis jenama kopi yang kononnya mampu merawat penyakit kronik.

Netizen bimbang, lalui hal yang sama

Susulan ciapan tersebut telah raih perhatian, ramai netizen turut meluahkan rasa bimbang dan berkongsi bahawa diri mereka melalui hal yang sama iaitu ibu bapa terlalu ‘obses’ dengan suplemen yang tidak berdaftar.

komen

Malah, memberitahu keburukan terlalu banyak mengambil suplemen boleh mendatangkan penyakit buat orang yang sudah berumur dan paling teruk, boleh meragut nyawa seseorang.

8 months ago

"Saya Nak Kurus & Kulit Putih.." - 16 Tahun Ambil Pil Suplemen, Wanita Kesal Alami Kegagalan Buah Pinggan

The post “Bila Ustaz Jual Terus Percaya!” – Anak Luah Rasa Bimbang Ibu Bapa ‘Sakan’ Beli Kopi Suplemen Konon Boleh Rawat Penyakit Kronik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments