#Hiburan: “Bermacam Cara Saya Meninggal Dalam Mimpi..” – Akui Pernah Kemurungan, Syada Amzah Dedah Pengalaman Perit Kurung Diri

Personaliti media sosial Syada Amzah baru-baru ini telah mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami kemurungan beberapa tahun yang lepas. Katanya, tujuan perkongsian itu adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang masalah mental.

Mengurung diri berminggu-minggu

Menurutnya, dia diuji dengan kemurungan yang menyebabkan Syada mengurung dirinya berminggu-minggu, rasa tidak bermaya dan tidak bermotivasi. Adik kepada penyanyi terkenal ini juga akui hingga terbawa-bawa dalam mimpi cara dirinya hendak menamatkan nyawanya sendiri.

Advertisement

Sebab banyak sangat befikir, sampai terbawa mimpi dengan bermacam cara Syada meninggal dalam mimpi. Seolah-olah beri idea kepada Syada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Nasihat untuk mengatasi

Pada masa yang sama, Syada juga sempat berkongsi beberapa tips bagi orang ramai yang mengenali mereka yang ada kemurungan. Katanya, cara terbaik adalah dengan bertanya khabar sekali sekala dan juga sentiasa ada untuk mereka agar tidak merasa keseorangan.

Pada Syada, mungkin juga boleh mengajak mereka ke majlis ilmu bersama-sama dan bukannya membuat spekulasi tentang iman seseorang. Sambungnya, dia berharap agar cerita dan tips yang dikongsikan itu dapat membantu orang ramai yang membaca.

shila
2 days ago

"Ibu Adalah Lubuk Pahala.." - Kebahagian Ibu Jadi Keutamaan, Syada Amzah Berhasrat Ingin Kurangkan Beban

The post “Bermacam Cara Saya Meninggal Dalam Mimpi..” – Akui Pernah Kemurungan, Syada Amzah Dedah Pengalaman Perit Kurung Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments