#Hiburan: Gagal Menemukan Kata Sepakat, Perbicaraan Hadanah Fizi & Shakilla Akan Diteruskan Pada 22 Februari

Kes tuntutan hadanah yang difailkan oleh penyampai radio Fizi Ali kepada bekas isterinya, aktres Shakilla Khoriri berkenaan hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Nur Ameena Sofia telah gagal menemukan kata sepakat semalam.

Diteruskan pada Februari

Menurut peguam syarie yang mewakili Fizi, kes hadanah itu akan diteruskan pada 22 Februari nanti di Mahkamah Tinggi Syariah bagi pengurusan kes seterusnya.

Advertisement

Semalam, Fizi dan Shikilla telah hadir ke mahkamah tersebut bagi menjalani prosiding kes sulh yang merupakan satu rundingan dan perbincangan di antara kedua belah pihak di hadapan pegawai berkaitan hal yang dipertikaikan terhadap satu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah.

Mahu anak dapat kasih sayang

Terdahulu, Fizi selaku plaintif telah memfailkan tuntutan hadanah kekal pada 15 Disember lalu dengan menamakan Shakillah sebagai defendan. Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum boleh menguruskan diri sendiri tak mengira jantina, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas bercerai.

Saya bukan nak berebut anak, saya hanya ingin Ameena dapat kasih sayang yang sempurna

@hmetromyFizi Ali berjuang tuntut hak sebagai bapa Ameena, tak nak dituduh macam-macam. #BeritaTikTok #FiziAli♬ original sound – Harian Metro

Sebelum ini, Fizi sempat menyatakan rasa kesal apabila dirinya tidak dapat berjumpa dengan Ameena ketika majlis graduasi puterinya di sebuah tadika hujung tahun lepas. Dirinya juga terlihat beberapa kali meluahkan rasa rindu kepada anaknya di media sosial.

Fizi Ali
19 hours ago

"Nampak Tak Dia Datang Dengan Siapa?" - Pertanyaan Fizi Ali Pada Wartawan Jadi Tumpuan, Dikecam Netizen

The post Gagal Menemukan Kata Sepakat, Perbicaraan Hadanah Fizi & Shakilla Akan Diteruskan Pada 22 Februari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments