Baru-baru ini, personaliti TV Ally Iskandar ada mengumumkan berita gembira iaitu dia bakal kembali menjadi ‘guru’ setelah lebih 20 tahun mengacara program tv.
Ally berkongsikan perkara itu di Instagram di mana dia ada memuat naik satu hantaran tangkap layar yang memaparkan berita mengenai dirinya.
“Masa untuk generasi seterusnya” Ally Iskandar kembali jadi ‘cikgu’ selepas lebih 20 tahun mengacara TV.
Hantaran tersebut kemudiannya dipenuhi ucapan tahniah oleh netizen dan pengikut media sosial Ally.
Tetapi apa yang lebih mencuri tumpuan adalah ucapan daripada bekas isteri Ally, Farah Lee yang turut mengucapkan doa selamat berjaya buat dirinya.
All the best daddy!
Sekadar info, Ally pernah mendirikan rumah tangga bersama pensohor media sosial dan aktivis kemanusiaan Farah Lee pada tahun 2012 namun bercerai pada tahun 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.
Ally kemudian bernikah kali kedua pada tahun 2019 dan pada 5 Januari lalu, Farah Lee juga bertemu pasangan hidupnya dan berkahwin dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Fuad.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “All The Best Daddy” – Ucapan Farah Lee Kepada Ally Iskandar Jadi Tumpuan Warga Maya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments