Baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Luqman Abdullah ada mengeluarkan kenyataan saranan kepada para pekerja yang berada dalam dunia pekerjaan bank berstatus konvensional untuk berusaha sehabis baik agar mencari pekerjaan halal yang lain.
Menurut Luqman, para pekerja yang terlibat dengan bank konvensional dibahagikan kepada dua kategori iaitu secara tidak langsung dan secara langsung dengan unsur riba.
Susulan daripada itu, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Mohd Nor tampil mengulas saranan tersebut.
Menurut Wan Salim, jika dalam keadaan darurat atau terpaksa bekerja akibat ketiadaan alternatif pekerjaan halal, orang Islam dibenarkan bekerja di bank konvensional.
Perlu diketahui bahawa hukum ketika seseorang berada dalam situasi darurat atau terdesak adalah dianggap suatu kekecualian daripada hukum biasa atau hukum asal.
Ia adalah kebenaran sementara sahaja, bukan tetap atau kekal.
Ujarnya lagi, pekerja perlu berusaha terlebih dahulu mendapatkan kerja diakui syarak dan sesudah mendapat kerja yang sesuai dan halal, barulah tinggalkan kerja di tempat yang haram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Perlu Berusaha Sehabis Baik Untuk Keluar Jika Bekerja Dalam Sektor Bank Konvensional” – Mufti first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments