Minggu lalu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyuruh agar penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza menundakan tarikh konsert yang bakal berlangsung pada 9 Mac iaitu tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan.
Tiada niat nak pertikaikan
Pendapat Dr. Wan Salim telah ditindas ramai memandangkan hal yang diminta tidak semudah itu untuk dibatalkan.
Tampil perjelaskan lebih lanjut, mufti tersebut berkata dirinya tidak mempunyai sebarang niat untuk pertikaikan niat atau tujuan di sebalik penganjuran konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza.
View this post on Instagram
Mohon maaf pada Siti Nurhaliza
Enggan perbesarkan isu, Dr. Wan Salim memohon maaf kepada penyanyi tersohor itu jika ia menguris hati dan niat dia menegur adalah secara ikhlas demi kebaikan umat Islam yang bakal menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadan.
Menyedari kekerdilan diri sebagai seorang hamba Allah, saya dengan segala keinsafan memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran itu dibuat secara terbuka.
Sekadar info, Siti Nurhaliza nekad meneruskan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza dan pihak syarikat yang dinaugi oleh penyanyi terbabit iaitu Yayasan Nurjiwa menjelaskan tujuan ia dilakukan demi mengumpul dana untuk disalur pada mangsa peperangan di Palestin.
The post “Sepatutnya Waktu Sedemikian Umat Islam..” – Sekadar Beri Pendapat, Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Pada Siti Nurhaliza first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments