#Hiburan: “Saya Tercungap Tahan Nafas” – Pelakon Terkenal Dakwa Heroin Filem Miliki Bau Mulut Sangat Busuk

Pelakon terkenal Bollywood, Bobby Deol ada berkongsi pengalamannya ketika terlibat dalam penggambaran filem pecah panggung, ‘Gupt’ sekitar tahun 1997 yang lalu.

Kongsi Bobby, dia mempunyai banyak kisah lucu dan kenangan berlakon bersama pelakon hebat lain seperti Manisha Koirala dan Kajol.

Advertisement

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila Bobby mendedahkan bau mulut Manisha adalah sangat busuk ketika melakonkan adegan intim dalam filem berkenaan.

Dalam babak itu, Manisha perlu mendekatkan mukanya ke wajah saya dan menggigit dagu saya. Ketika dia merapatkan wajahnya, saya tercungap-cungap menahan nafas sebab tak tahan bau mulutnya yang busuk.

Saya pelik macam mana saya berjaya lakukan babak itu dengan sempurna.

Malah, Bobby juga ‘membalas dendam’ terhadap Manisha selepas melakonkan babak tersebut dengan sengaja memakan bawang mentah dengan banyak dalam sebuah filem lain apabila digandingan sekali lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tamara
22 hours ago

Didakwa Sengaja 'Rendam' Anak Teman Wanita Sebanyak 12 Kali Sebelum Maut, Si Ibu Bergelar Pelakon 'Back Up' Teman Lelaki?

The post “Saya Tercungap Tahan Nafas” – Pelakon Terkenal Dakwa Heroin Filem Miliki Bau Mulut Sangat Busuk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments