#Hiburan: “Ketiadaan Mereka Tahun Ini Kerana..” – Beto & Sharnaaz Telah Diganti Oleh Remy Ishak Sebagai Duta Bulan Bintang 2024

Baru-baru ini, pengasas jenama pakaian terkenal, Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid telah tampil memberi penjelasan mengapa pelakon Sharnaaz Ahmad dan juga Beto Kusyairy tidak lagi menjadi wajah kempen raya 2024 bagi jenama tersebut.

Sudah tamat kontrak

Menjawab persoalan peminat, Azzim menjelaskan bahawa kedua-dua aktor tersebut telah pun menamatkan kontrak mereka dengan Bintang Bulan sejak tahun ini. Namun demikian, Azzim berkata hubungan mereka masih dalam keadaan yang baik dan profesional.

Advertisement

Ketiadaan mereka tahun ini kerana kontrak dah habis. Sejujurnya saya dengan Sharnaaz dan Beto tiada masalah.

 

Buktinya masa majlis perkahwinan saya pada bulan November lalu mereka datang, walaupun dah habis kontrak mereka tetap hadir majlis saya dan masih berkawan hingga hari ini.

Kini duta jenama lain

Pada masa yang sama, Azzim juga tidak berniat untuk menutup periuk nasi mereka. Malahan, pengasas Bulan Bintang ini turut gembira untuk kedua pelakon itu yang telah menjadi duta untuk jenama baju Melayu yang lain. Katanya, dia akan sentiasa menunjukkan sokongan pada Beto dan Sharnaaz.

Mereka memang bebas untuk kemana-mana, saya tiada isu tentang itu, mereka kerja sangat baik hingga saya terhutang budi pada mereka.

 

Mereka ada pilihan dan saya okay. Selepas kontrak tamat, saya dah sedia tengok mereka berada di jenama lain pula.

@maskulinmy #bajuraya #bajuraya2024 #bulanbintang #bajurayabulanbintang #theterrrpalingrayafashionshow2024 #maskulin #majalahmaskulin ♬ Basic club beat(1203842) – Toshiaki Kimura

Untuk info, duta-duta bagi jenama Bulan Bintang yang telah diumumkan pada tahun ini adalah terdiri daripada Remy Ishak, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.

Ruhainies
2 weeks ago

Tarik Diri Jadi Duta Produk, 'Founder' Kecantikan Nak Saman Ruhainies - "Kami Tak Puas Hati Dengan Prestasi Kerja Dia"

The post “Ketiadaan Mereka Tahun Ini Kerana..” – Beto & Sharnaaz Telah Diganti Oleh Remy Ishak Sebagai Duta Bulan Bintang 2024 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments