#Hiburan: “Dia Memang Melampau, Kejar Viral” – Tak Ada ‘Consent’ Ibu Bapa, Netizen Bengang Guru Buat Konten Dengan Anak Murid Bawah Umur

Lambakan individu berpangkat guru yang membuat content membabitkan anak murid mereka membimbangkan ramai orang dalam kalangan masyarakat.

Mana tidaknya, masih ramai guru yang tidak mengambil serius tentang kesalahan merakam dan memuat naik wajah anak murid di bawah umur.

Advertisement

cikgu tiktok
8 months ago

Video Dapat Jutaan 'Views', Wanita Persoal Guru Cantik Buat 'Content' Tunjuk Anak Murid - "Dia Selongkar Beg 'Student'"

 

Buat TikTok, semua content pasal anak murid

Seperti seorang guru wanita ini yang tular selepas ada yang memuat naik videonya di Twitter mempamerkan dia mengajar anak muridnya di dalam kelas.

Hantaran itu meraih perhatian individu lain yang mendedahkan guru tersebut menggunakan kanak-kanak di dalam kelasnya sebagai content.

cikgu content

Bukan itu sahaja, dia juga berkata guru berkenaan tidak meminta kebenaran ibu bapa malah enggan memadam video meskipun sudah ditegur.

Dia tak pernah minta kebenaran. Bila suruh take down video, macam-macam alasan dia bagi. Dia hide sekejap then esoknya dia unhide. Cikgu ni memang melampau, kejar viral.

cikgu content cikgu content

 

Guru sekarang selamba upload muka anak murid?

Hantaran itu mendapat perhatian ramai pengguna Twitter yang lain dan rata-ratanya bercakap tentang kesedaran bahawa wajah kanak-kanak bawah umur tidak boleh sesuka hati dimuat naik di internet.

Ada yang berpendapat sesetengah guru sekarang selamba kongsikan wajah anak murid di media sosial malah sebenarnya sebagai ibu bapa juga kita perlu censor wajah kanak-kanak lain selain anak sendiri (jika mahu upload di internet).

cikgu content

 

Ada sesetengah ibu bapa tak kisah

Mungkin juga isu ini tidak dititik beratkan kerana sesetengah ibu bapa yang tidak kisah wajah anak mereka dimuat naik oleh mana-mana pihak lain.

Namun, sebagai guru mereka seharusnya lebih tahu tentang apa yang boleh dan tak boleh mereka lakukan selain perlu sentiasa mengikut etika.

cikgu content

cikgu content

The post “Dia Memang Melampau, Kejar Viral” – Tak Ada ‘Consent’ Ibu Bapa, Netizen Bengang Guru Buat Konten Dengan Anak Murid Bawah Umur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments