#Hiburan: “Anak Saya Pergi Sekolah Kena Ejek!” – Hilang Sabar, Ali Puteh Menangis ‘Penat’ Difitnah Netizen Isu Bersama Hidayah

Sejak kemelut yang berlaku bersama kakak ipar, Nor Hidayah empat tahun lalu, pelawak Ali Puteh terpaksa hadap kecaman netizen yang tidak henti-henti, hinggakan ahli keluarga turut terkena tempias.

Ali Puteh hilang sabar

Tidak mampu lagi menahan sabar, Ali meluahkan rasa marah apabila masih ada netizen yang terus menerus mengecam dan memfitnahnya.

Advertisement

Bahkan mengalirkan air mata di dalam live TikTok akibat berasa kesal dengan sikap netizen yang sama sekali tidak memikirkan perasaannya.

Anak kena tempias akibat kemelut dengan Hidayah

Kata Ali, anaknya yang tidak bersalah juga terkena tempias susulan kemelutnya bersama bekas kakak ipar dan diejek apabila hadir ke sekolah.

Bayangkan anak saya pergi sekolah orang ejek ‘bapa kau makan harta anak yatim’. Orang tak faham, sebab tu orang bercakap. Itu sebab saya kata berhenti bercakap sebab ianya salah.

Dalam pada itu, pelawak tersebut berkata dia hormati perintah mahkamah berkenaan tanggungjawab terhadap anak buahnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah berusia lima tahun.

Hargai isteri yang sentiasa disisi

Ali turut sempat meluahkan perasaan bahawa dia hargai isteri tercinta yang sentiasa berada disisi dan banyak bantuk menyelesaikan bayaran saman terhadap Hidayah.

Saya menangis dekat bucu katil, dia kata ‘tak apa aku ada, kalau tak cukup duit kita gadai barang kemas. Tak apa kereta aku pun ada, jom kita pergi jual.

ali puteh
6 days ago

"Biar Nampak Jahat Dari Bertopeng Konon Baik, Menang Dunia Bukan Lama" - Ali Puteh Dedah Perangai Sebenar Hidayah?

The post “Anak Saya Pergi Sekolah Kena Ejek!” – Hilang Sabar, Ali Puteh Menangis ‘Penat’ Difitnah Netizen Isu Bersama Hidayah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments