#Hiburan: “Akhirnya Minggu Depan Saya Dapat Ambil Ameena” – Kes Sebutan Hadanah, Fizi Ali Sebak Dibenarkan Jumpa Anak 4 Hari

Prosiding kes sebutan hadanah pertama membabitkan penyampai radio, Fizi Ali dan bekas isteri, Shakilla Khoriri berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

killa
3 weeks ago

"Saya Tak Mahu Ameena Membesar Dengan Perkara Tak Baik.." - Shakilla Minta Kecaman Dihentikan Terutama Kepada Fizi Ali

Advertisement

 

Akhirnya dapat jumpa Ameena

Fizi Ali tidak dapat menahan sebak ketika ditemu bual wartawan di luar mahkamah kerana akhirnya dibenarkan bertemu dengan anak perempuannya, Ameena Sofia.

Akhirnya minggu depan saya dapat ambil Ameena.

Ujar Fizi, selepas berbulan-bulan mereka tidak berjumpa dia bersyukur meskipun hanya diberikan empat hari bersama anak perempuannya berusia lima tahun itu.

fizi ali

 

Positif dapat capai kata sepakat

Terdahulu, Fizi dilihat hadir bersama isterinya, Siti Zulaikha dan turut ditemani peguam, Nurhusniah Husin tiba di perkarangan sekitar jam 9.20 pagi tadi.

Kata Fizi, dia berharap agar urusan pada hari ini diselesaikan dengan cara baik agar anak mereka, Ameena Sofia menerima kasih sayang sama rata di antara dia dan bekas isteri.

fizi ali shakilla

Dalam pada itu, Fizi juga berkata dia optimis dan positif pada sebutan hadanah hari ini dan akui akan berasa lega jika semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Saya cuma nak anak saya Ameena mendapat kasih sayang daripada ibu dan ayah dia. Insya-Allah saya sangat positif proses sebutan hari ini akan dapat diselesaikan dengan cara baik dengan mendapat kata sepakat.

 

Shakilla enggan komen

Sementara itu, Shakilla pula tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.25 pagi namun ketika disoal wartawan, dia enggan memberikan sebarang komen dan berkata tidak mendapat tidur yang cukup.

Saya okay cuma tak cukup tidur.

The post “Akhirnya Minggu Depan Saya Dapat Ambil Ameena” – Kes Sebutan Hadanah, Fizi Ali Sebak Dibenarkan Jumpa Anak 4 Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments