Selamat menyambut kelahiran bayi ketiga, pelakon Hairi Safwan akui bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Menurutnya, puteri sulungnya seberat 2.7 kilogram itu selamat dilahirkan pada jam 2.52 petang semalam di pusat perubatan.
“Alhamdulillah, anak perempuan ini dinantikan keluarga saya sejak sekian lama. Ini kerana dalam keluarga saya, lebih ramai lelaki berbanding wanita.”
Ujar Hairi, dirinya amat ebrsyukur dikurniakan bayi yang cukup sifat dan sihat, malah tidak ketinggalan mendedahkan isterinya Fara Afiza Azman juga kini dalam keadaan stabil.
“Jadi kehadiran bayi ini cukup dinantikan. Alhamdulillah, anak ketiga saya cukup sifat dan sihat. Ibunya stabil dan menjalani proses berpantang.”
Bagaimanapun, Hairi memaklumkan dirinya tidak menolak andai dikurniakan rezeki menimang zuriat lagi pada masa akan datang.
“Jadi, lengkaplah keluarga kami. Namun, jika ada rezeki pada masa depan, saya tidak menolak. Apa-apapun tanya isteri saya dahulu. Kalau dia okay, saya lagilah okay.”
Terdahulu, juara program realiti Anak Wayang 2009 ini sah bergelar suami kepada Fara yang juga seorang guru sekolah, pada 22 Mac 2014 di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka sebelum ini juga telah selamat dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Arif Haikal dan Azad Hakim.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments