Berkongsi gambar dirinya dan isteri di laman sosial yang memperlihatkan kemesraan dirinya dan pelakon Lisdawati itu kepada umum, pelakon tampan Fauzi Nawawi seakan mempersoalkan tindakan isterinya yang seolah-olah tidak puas untuk menatap dirinya sepanjang 13 tahun hidup bersama.
Gambar tersebut memaparkan momen romantis mereka dimana isterinya dilihat sedang merenung wajahnya dengan pandangan yang sangat tajam.
Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah gurauan Fauzi itu disambut oleh Lisdawati yang membalas tiada salahnya untuk beliau sebagai isteri berbuat demikian.
Menurutnya lagi, sebelum wujud wanita lain tampil berbuat demikian, moleklah Lisdawati sahaja yang tampil berkelakuan seperti itu. Hal ini kerana, Lisdawati tidak menafikan bahawa wanita sekarang ramai yang sukakan lelaki yang berstatus suami orang.
Malah tampil menasihati orang ramai supaya tidak melihat mata suaminya apabila berbicara.
“Sebelum orang lain tenung baik saya tenung, perempuan sekarang ni ramai yang suka laki orang.”
Seperti sudah dijangka, selain pengikut mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga, komen balas itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan yang dilontarkan oleh aktres tersebut.
Untuk rekod, Fauzi dan Lisdawati telah selamat mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan romantis ini dikurniakan empat cahaya mata. Juga, menerusi perkahwinan terdahulu, Fauzi turut mempunyai empat lagi orang anak.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments