Melihat kepada sikap segelintir peniaga yang sanggup melakukan cara pemasaran produk dengan cara yang salah sehingga dilihat seperti tidak bermoral, penyanyi Siti Sarah zahir rasa terkilan.
Menurutnya,ujud segelintir peniaga yang seolah-olah sudah melampau sehingga sanggup menjatuhkan maruah diri.
Bahkan, apa yang lebih mengecewakan, ada yang telalu berlebihan sehingga bertindak menggoncang-goncangkan buah dada dan tampil separuh bogel.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Sarah di laman Instagram miliknya.
“Sebagai seorang Islam, ada banyak lagi cara buat duit tanpa mengaibkan diri kita, tanpa perlu buat perkara yang menjatuhkan maruah.”
Katanya lagi, meskipun dirinya pernah jahil suatu ketika dahulu kerana asyik berpakaian seksi namun langsung tidak pernah berkelakuan tidak senonoh dikhalayak umum.
“Tergoncang, melompat, ada yang beromen atas katil ambil gambar. Dah makin lama makin ramai. Yang ‘perempuan-perempuan’ ni pun sama naik tak tahu dah yang mana lelaki yang mana perempuan.”
Dalam video tersebut, Sarah yang juga merupakan seorang usahawan, membuktikan bahawa tanpa promosi ‘murahan’ dia juga mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Ujarnya, dengan izin Allah semuanya akan dipermudahkan kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda.
“Korang ingat korang je dalam Malaysia ni yang buat duit? Sebab saya sendiri dah naik menyampah! Mari saya tunjuk, saya ni yang tak pernah nak tunjuk duit, meh sini saya nak tunjuk!
Untuk rekod, Sarah merupakan isteri kepada selebriti Shuib Sepahtu. Kedua-dua mereka merupakan antara barisan usahawan selebriti terkemuka Malaysia yang berjaya dalam bidang perniagaan. Sehingga kini, bisnes yang diusahakan mereka mula mendapat tempat di pasaran tempatan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments