Sebelum ini dilaporkan tenat akibat kanser hati, pelakon veteran Abu Bakar Juah berusia 72 tahun akhirnya menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, jam 6.35 petang tadi.
Berita menyayat hati ini disampaikan sendiri oleh anak keduanya iaitu Zarith Abu Bakar.
“Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah, Allah SWT lebih menyayanginya.”
Malah kesemua ahli keluarga arwah termasuk isteri, adik-beradik dan menantu berada di sisinya saat dia menghembuskan nafas terakhir.
Menurut sumber, arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai pada 10 pagi esok.
Untuk pengetahuan anda, pelakon itu menderita kanser hati sejak tahun 2016 lagi. Namun selepas melalui 12 pusingan kimoterapi, arwah disahkan bebas daripada penyakit berbahaya tersebut.
Walaubagaimanapun, pada awal tahun ini, doktor mengesahkan bahawa sel kanser tersebut kembali menyerang dan lebih agresif daripada sebelumnya sehingga merebak ke hati.
Selepas pemergiannya, arwah meninggalkan seorang balu, empat anak dan seorang cucu.
Salam takziah buat keluarga Abu Bakar Juah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments