Isteri kepada pemain bola sepak terkenal Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli iaitu pelakon Eyra Hazali selamat menimang cahaya mata sulung lelaki pada Jumaat semalam.
Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya menerusi ruangan Instagram (IG) Story untuk tatapan pengikut di laman berkenaan.
Lelaki itu dengan penuh rasa gembira sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya serta orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan mereka sebelum ini dipermudahkan.
“Alhamdulillah terima kasih kepada yang mendoakan, Thanks sayang @eyra.hazali. Papa and Mama love you MHQ,”
Dalam pada itu, Eyra juga sempat memuat naik sekeping foto di IG Story menunjukkan Haziq kelihatan seperti sedang memakaikan selimut untuk bayi lelaki tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan itu masih mendedahkan nama penuh di sebalik huruf “MHQ” itu.
Terdahulu, Eyra dan Haziq yang merupakan penjaga gol JDT mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.
Tahniah sekali lagi diucapkan buat Eyra sekeluarga. Semoga segala perancangan mahupun urusan yang dilakukan kalian dipermudahkan hendaknya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments