#Hiburan: Warga Indonesia Dakwa Hospital Swasta Malaysia Bedah Tanpa Izin, Netizen Tak Percaya – “Lucu, Semuanya Perlu ‘Consent Form'”

Sebuah video perkongsian yang tular baru-baru ini memaparkan rintihan seorang wanita warga asing yang mendakwa melalui pengalaman ngeri ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Malaysia. Pendedahan itu dibuat menerusi satu sesi podcast bersama Dr Richard Lee.

Kronologi Kejadian Yang Mendebarkan

Menerusi video berkenaan, wanita tersebut mendakwa telah menjalani satu prosedur pembedahan tanpa keizinan yang jelas. Lebih mengejutkan, beliau mendakwa terdapat kesan potongan pada bahagian payudaranya sepanjang kira-kira 30 sentimeter.

Advertisement

“Saya dalam kesakitan yang amat sangat, tetapi kesakitan saya itu diabaikan,” katanya dalam nada penuh kesal.

Beliau turut berkongsi pengalaman cemas apabila mendakwa telah dikasari secara fizikal oleh kakitangan perubatan ketika berada dalam keadaan lemah. Menurutnya, kedua-dua tangannya dipegang kuat sebelum beliau diperlakukan dengan kasar.

“Saya gemetar (menggigil), saya dipukul. Sangat biadap (very rude),” katanya lagi sambil menyifatkan layanan yang diterima sebagai angkuh dan tidak berperikemanusiaan.

“Kamu Patut Bersyukur” – Jawapan Doktor Jadi Persoalan

Wanita itu turut mendakwa, apabila beliau bertanyakan mengenai keadaannya serta sebab prosedur tersebut dilakukan, doktor yang merawatnya memberi jawapan yang amat mengguris perasaan.

Doktor tersebut didakwa menyatakan bahawa wanita itu sepatutnya bersyukur kerana masih muda dan terselamat, berbanding individu lain yang mungkin tidak bernasib baik.

“Dia hanya jawab, justru kerana kamu muda makanya kamu selamat. Kalau orang lain pasti mati. Kamu harus bersyukur kerana saya selamatkan nyawa kamu,” dakwanya ketika mengimbas kembali kata-kata doktor berkenaan.

Reaksi Netizen Dan Tanda Tanya

Dakwaan serius itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya berkaitan isu keizinan pesakit (informed consent) dan etika layanan doktor yang dianggap sangat penting dalam dunia perubatan.

Setakat ini, identiti hospital dan doktor yang terlibat masih belum didedahkan secara rasmi. Pihak berkuasa serta badan berkaitan dijangka akan meneliti dakwaan ini sekiranya laporan rasmi dibuat oleh mangsa.

Dalam masa sama, sebahagian netizen dari Malaysia menyuarakan keraguan terhadap dakwaan tersebut, memandangkan negara ini diketahui mempunyai standard perubatan yang ketat serta tahap profesionalisme yang tinggi dalam merawat pesakit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Galloway FMT
2026-01-15 10:42:18

Kontroversi Forum Gaza : Reaksi Galloway Diaju Soalan Perkauman, FMT Mohon Maaf - "Saya Tak Nampak Sebarang Penindasan Di Malaysia"

The post Warga Indonesia Dakwa Hospital Swasta Malaysia Bedah Tanpa Izin, Netizen Tak Percaya – “Lucu, Semuanya Perlu ‘Consent Form'” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments