Pada 18 Januari lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah selamat menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan di Jerudong Park Medical Centre.
Menerusi kenyataan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam, dimaklumkan bahawa selepas prosedur tersebut berjaya dilaksanakan, Baginda kini bersemayam dan berehat di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan.
Dalam prosedur berkenaan, seorang pakar jantung dari Institut Jantung Negara (IJN), Dr Azmee Ghazi, yang juga Ketua Kardiologi dan Pengarah Perkhidmatan Kegagalan Jantung, telah dipilih untuk menyertai pasukan perubatan Baginda.
“Pemilihan ini mencerminkan kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan klinikal dan kepakaran pakar IJN dalam memberikan tahap penjagaan yang tertinggi.
“Undangan untuk menyumbang tenaga bersama pasukan perubatan pakar Baginda merupakan satu pengiktirafan profesional yang amat bermakna.
“Ia sekali gus memperkukuh kedudukan IJN sebagai pusat kecemerlangan serantau, dengan kepakaran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi rawatan kardiovaskular yang kompleks dan bertaraf tinggi, hasil daripada pengalaman berdekad-dekad, pencapaian klinikal yang terbukti, serta piawaian yang tiada kompromi,” menurut kenyataan rasmi IJN.
Pada masa sama, penyertaan Dr Azmee dalam pasukan perubatan tersebut dilihat sebagai bukti kepimpinan beliau dalam bidang kardiologi lanjutan serta pengurusan kegagalan jantung, di samping mencerminkan komitmen berterusan IJN dalam melahirkan pakar perubatan yang memenuhi penanda aras antarabangsa tertinggi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Sultan Brunei Perkenan Pilih Pakar Jantung IJN, Dr Azmee Ghazi Sertai Pasukan Perubatan Jalani Pembedahan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments