Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa berang apabila video pertengkarannya bersama bekas isteri, Uqasha Senrose, tular di TikTok sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan orang ramai.
Menurut Kamal, video berkenaan sebenarnya adalah rakaman penggambaran sebuah program televisyen, namun telah dipotong dan dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga mengundang fitnah.

“Dalam TikTok ada individu muat naik video saya dengan Uqasha bergaduh fasal main futsal.Nak buat fitnah pun agak-agaklah.”
“Sah-sah itu penggambaran untuk program Astro. Kongsilah klip itu sampai habis,” katanya menerusi platform Threads.
Dalam pada itu, Kamal menyifatkan tindakan menularkan video tersebut sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi selepas dia dan Uqasha baru sahaja bercerai talak satu pada 12 Januari lalu.
@astrogempak Merajuk pun cantik @uqashasenrose2 ? nasib baik @kamaladli tahu macam mana nak pujuk balik. Apa plan Kamal agaknya ya? Stay tuned Episod 3 esok okay! Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Layari gempak.com/thehouse untuk video menarik! #AstroGempak#TheHouseKamalUqashaGempakOriginalSeries@uqashasenrose2@kamaladli
“Berilah masa dan ruang orang nak tenang. Sudahlah pakai nama Kamal Adli (nama akaun) dalam TikTok itu. Bodohlah macam ini, minta maaf,” katanya lagi.
Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan Kamal dan Uqasha bertengkar di dalam kereta yang difahamkan merupakan sedutan daripada program The House Kamal Uqasha yang disiarkan sekitar Mei 2022.
Dalam rakaman tersebut, kedua-duanya dilihat berbalah mengenai Kamal yang mahu bermain futsal manakala Uqasha pula ingin keluar makan malam. Perkongsian itu mencetuskan pelbagai andaian netizen yang mengaitkan pertengkaran berkenaan sebagai punca perceraian mereka.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Tular Video Bergaduh Dengan Uqasha Di TikTok, Kamal Adli Buka Mulut – “Bod*hlah Macam Ni..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments