#Hiburan: Isteri Remy Ishak Perjelas Isu Gambar Wanita AI, Anggap Gurauan Suami Isteri – “Jangan Ambil Hati”

Isteri kepada pelakon Datuk Remy Ishak, Ezza Yusof, tampil menjelaskan agar orang ramai tidak salah faham atau berkecil hati dengan perkongsian terbaharu suaminya yang memaparkan dirinya bersama wanita janaan kecerdasan buatan (AI).

Menurut Ezza, hantaran itu hanyalah gurauan antara mereka sebagai pasangan suami isteri.

Advertisement

Menerusi Threads, Ezza menjelaskan bahawa mereka memang sering bergurau dengan cara sedemikian dan berharap orang ramai tidak tersinggung.

ezza remy

Dalam perkongsian sama, dia turut memuat naik tangkap layar perbualan yang menunjukkan Remy berkongsi gambar tersebut dengannya, sambil berseloroh menyifatkan tindakan suaminya itu sebagai kelakar.

Remy sebelum ini menerima kecaman selepas dikatakan tidak menghormati isteri susulan memuat naik gambar bersama wanita ciptaan AI di media sosial.

remy ishak
2025-09-11 11:47:38

"Kalau Nak Terasa, Silakan.." - Remy Ishak Tegur Ramai Pelakon Kurang Serius

The post Isteri Remy Ishak Perjelas Isu Gambar Wanita AI, Anggap Gurauan Suami Isteri – “Jangan Ambil Hati” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments