#Hiburan: Ayam, Ikan Dipertimbang Dalam Produk Baharu Sara

Ayam, daging dan sayur-sayuran antara bahan basah yang sedang dinilai untuk dimasukkan dalam senarai produk baharu di bawah pembelian Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata beberapa aspek perlu diberi perhatian sebelum pelaksanaan dibuat, termasuk memastikan tahap kesegaran barangan supaya rakyat mendapat produk berkualiti.

Advertisement

 

“Kita kena pastikan rakyat beli barang berkualiti dan berkeadaan baik. Tidak boleh barang yang lapuk dijual oleh pihak kedai.”

“Perluasan produk ini salah satu usaha membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Komuniti MyPLUS di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMK) Bukit Kuda, hari ini.

Menurut Amir Hamzah, peluasan senarai barangan SARA juga akan merangkumi keperluan harian lain seperti ubat gigi, berbanding fokus sebelum ini yang lebih tertumpu kepada barangan asas sahaja.

Beliau turut memaklumkan bahawa produk buatan tempatan akan diperbanyakkan untuk dimasukkan dalam SARA, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menyokong industri tempatan serta memperkukuh ekonomi domestik.

The post Ayam, Ikan Dipertimbang Dalam Produk Baharu Sara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments