Penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah, tampil menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa suaminya, Ijoy Azhari, tidak bekerja.
Menurut Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, tanggapan tersebut sama sekali tidak benar kerana suaminya memainkan peranan besar dalam menguruskan keluarga serta menjadi penyokong utama dalam kehidupannya.
“Memang ada orang kata Ijoy tak kerja. Kerjalah, kerja dia menyenangkan hati aku.”
“Dia yang uruskan keluarga dan beri sokongan. Saya perlukan suami yang menyokong anak-anak daripada belakang.”
“Bila saya tak larat, saya akan suruh Ijoy uruskan anak-anak,” katanya.
Shiera berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual dalam program audio siar Too Pretty Too Handle, yang dimuat naik di saluran YouTube baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Shiera menjelaskan bahawa Ijoy turut mempunyai sumber pendapatan sendiri dan tidak menolak tawaran lakonan. Namun, menurutnya, bayaran yang ditawarkan sering kali tidak setimpal.
“Ijoy ada gerai makan. Kalau dapat tawaran berlakon pun ditawar RM500. Bukan dia tak mahu berlakon.”
“Kalau saya buat ulasan di Instagram, lebih daripada itu saya boleh dapat. RM500 nak suruh orang berlakon,” ujarnya.
Akui Shiera, dia kini tidak lagi kisah dengan persepsi segelintir pihak yang memandang rendah terhadap kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga.
Tambahnya, setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, termasuk suaminya sendiri.
Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy pada tahun 2003 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel (22), Airra (19), Audra (17) dan Adeena (10).
Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan dikurniakan seorang anak perempuan, Tallisya, yang kini berusia 28 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Sharifah Shahira Jawab Tohmahan Ijoy Hanya Duduk Rumah – “Dia Ada Kerja, Kerja Menyenangkan Hati Aku” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments