#Hiburan: Adik Da’i Syed Buat Permohonan Maaf – “Saya Emosi, Tak Pernah Pertahankan Perbuatan Tidak Bermoral…”

Penyanyi Iqbal Jamalulleil, yang juga adik kepada pendakwah selebriti Da’i Syed, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan yang pernah dimuat naik sebelum ini dan mencetuskan kontroversi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Iqbal menjelaskan bahawa tulisannya terdahulu dibuat ketika dia berada dalam keadaan emosi sebagai ahli keluarga yang sedang berdepan ujian besar.

Advertisement

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka atas hantaran saya sebelum ini.
Saya sedar tulisan tersebut telah menimbulkan kemarahan, salah faham, dan melukakan perasaan banyak pihak. Itu bukan niat saya.”

“Saya menullis dalam keadaan emosi sebagai seorang ahli keluarga yang sedang berdepan ujian besar.”

Dalam penjelasan lanjut, Iqbal menegaskan bahawa perkongsiannya itu sama sekali bukan bertujuan untuk mempertahankan abangnya atau menghalalkan sebarang perbuatan yang salah.

“Sebaliknya ia adalah sekadar luahan hati sebagai ahli keluarga yang ditimpa ujian. Saya ingin jelaskan dengan tegas bahawa saya tidak menyebelahi, tidak mempertahankan, dan tidak meremehkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral.”

Permohonan maaf itu dibuat susulan reaksi negatif warganet yang menyifatkan perkongsian terdahulu Iqbal sebagai tidak sensitif terhadap perasaan mangsa serta keluarga yang terlibat.

Dalam masa sama, Iqbal mengakui kesilapannya dan meluahkan rasa kesal atas apa yang berlaku, selain berharap agar orang ramai berhenti mengecam ahli keluarganya yang lain.

Terdahulu, Iqbal pernah berkongsi mengenai perubahan sikap abangnya, Da’i Syed, yang dikatakan kini lebih menjaga hubungan dengan Allah SWT sejak peristiwa yang berlaku pada Ogos 2024.

Menurutnya, Da’i Syed kini menjaga solat di awal waktu, gemar bersedekah serta konsisten melakukan amalan harian sebagai usaha memohon keampunan daripada Allah SWT.

Bagaimanapun, sebahagian netizen berpandangan perkongsian tersebut tidak wajar diketengahkan kerana kes berkenaan masih meninggalkan kesan mendalam kepada pihak-pihak yang terkesan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Isa Isarb
2026-01-26 10:53:03

"Hidup Beristeri Ini Sebenarnya 'Semak' Tapi.." - Isa Isarb

The post Adik Da’i Syed Buat Permohonan Maaf – “Saya Emosi, Tak Pernah Pertahankan Perbuatan Tidak Bermoral…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments