#Hiburan: Bapa Mia Sara Nasuha ‘Update’ Perkembangan Terkini Anak Susulan Kontroversi Hangat

Bapa kepada aktres Mia Sara Nasuha, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, akhirnya tampil memberikan respons berhubung isu membabitkan anaknya yang kini menjadi perbualan hangat di media sosial.

Menurut Ridhuan, beliau menghargai keprihatinan orang ramai yang menghubunginya bagi bertanyakan keadaan Mia Sara. Namun begitu, beliau memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kontroversi yang sedang hangat diperkatakan.

Advertisement

Mia sara nasuha

“Pihak kami belum ada sebarang komen buat masa ini.”

Dalam masa sama, Ridhuan menegaskan bahawa keadaan anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik dan terkawal.

“Keadaan dia biasa sahaja. Terima kasih kerana bertanya dan mendoakan anak saya.”

Sebelum ini, pelakon remaja Puteri Balqis mencetuskan perhatian ramai selepas membuat pendedahan di media sosial yang mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Susulan itu, beberapa video dan foto yang didakwa memaparkan seorang individu berimej seksi dan berhibur di kelab malam turut tular, dengan netizen mengaitkannya dengan Mia Sara.

Difahamkan, isu berkenaan tercetus selepas Puteri Balqis mendakwa Mia Sara pernah memburukkan serta menghina ibunya, Norashikin Mohd Aziz, sekali gus mencetuskan pertikaian terbuka di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-24 15:51:43

"Awak Ada Isu Apa Dengan Saya? Saya Harap Awak 'Sembuh'" - Janna Nick Titip Pesanan Buat Puteri Balqis

The post Bapa Mia Sara Nasuha ‘Update’ Perkembangan Terkini Anak Susulan Kontroversi Hangat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments