#Hiburan: Doktor Pasang IUCD Sehingga Tembus Rahim, Wanita Tak Boleh Beranak Normal Selamanya – “Minta Maaf Pun Tak”

Hasrat seorang ibu muda untuk memasang alat pencegahan kehamilan intrauterin (IUCD) bertukar menjadi detik hitam apabila dia terpaksa menanggung kesakitan berpanjangan susulan kesilapan prosedur oleh pasukan perubatan di sebuah klinik di Pekan Nenas, akhir tahun lalu.

Mangsa, Nurul Damia Asyiqin Ayub, 27, berkata keputusan memasang IUCD dibuat selepas tamat tempoh berpantang melahirkan anak ketiganya, dengan tujuan menjarakkan kehamilan.

Advertisement

IUCD

Menurutnya, dia hadir ke klinik berkenaan pada tarikh janji temu iaitu 19 Disember lalu bagi menjalani prosedur pemasangan IUCD atas nasihat doktor.

“Semasa proses memasang IUCD, saya terdengar perbualan antara doktor perubatan dan jururawat bertugas, mereka berkata berlaku kesilapan sebab sepatutnya IUCD dipasang hanya antara lapan hingga sembilan sentimeter (cm) namun mereka telah pasang IUCD sepanjang 11cm,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas.

Nurul Damia yang juga bekerja sebagai jurusolek berkata, selepas prosedur itu selesai, doktor memaklumkan dia perlu dirujuk kepada pakar bagi menangani kesilapan pemasangan tersebut.

sa

Akibat kesilapan itu, dia mengalami kesakitan teruk sehingga merasakan perutnya seolah-olah mahu terburai. Keadaan tersebut mendorongnya mendapatkan pemeriksaan imbasan sinar-X (X-ray) di sebuah klinik swasta di Pekan Nenas.

Pembedahan bagi mengeluarkan alat berkenaan dilakukan pada 2 Januari lalu, dengan doktor mengesahkan apendiks pecah, usus besar dan kecil cedera serta rahim bocor. Akibatnya, Nurul Damia tidak lagi boleh bersalin secara normal dan perlu menjalani pembedahan sekiranya hamil pada masa hadapan.

Bimbang akan keselamatan dirinya, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Nenas pada 21 Disember tahun lalu. Selain itu, beliau turut mengemukakan aduan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) serta melantik peguam untuk membawa kes kecuaian perubatan itu ke mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-14 13:16:45

"Bau Dia Agak Kuat Guys.." - Buat Konten Masuk Kampung Orang Asli, Pemuda Tegur Sikap Biadab Pempengaruh

The post Doktor Pasang IUCD Sehingga Tembus Rahim, Wanita Tak Boleh Beranak Normal Selamanya – “Minta Maaf Pun Tak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments