Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyifatkan aktiviti senamrobik berbaju kurung tanpa kain yang tular di media sosial sebagai perbuatan sangat tidak beradab dan boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Menurut JAIS, perbuatan yang didakwa berlaku di Bukit Badong itu mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam.
“JAIS sedang menjalankan siasatan merangkumi lokasi sebenar kejadian, penganjur program serta individu yang terlibat. Jabatan ini memandang serius perbuatan ini dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang kerana perbuatan tersebut.”
“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu atau menghubungi Hotline JAIS di talian 1800-88-2424,” kata JAIS dalam satu kenyataan malam ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pengguna Threads, @Erymerah, memuat naik rakaman memaparkan sekumpulan wanita melakukan senamrobik di atas pentas ketika siaran langsung di TikTok.

Dalam video berkenaan, dua wanita dilihat mengenakan baju kurung sekolah bersama seluar ketat, manakala seorang lagi dipercayai hanya memakai seluar pendek, sekali gus mencetuskan kecaman dan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Netizen Kecam Video Wanita Bersenam Tapi Hampir Berbogel, JAIS Ambil Tindakan – “Alasan Spontan Tak Masuk Akal” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments