Pelakon, Sharnaaz Ahmad berpendapat trend ‘takut bini’ yang tular di media sosial ketika ini hanyalah satu bentuk jenaka berlebihan yang boleh memberi kesan negatif terhadap nilai saling menghormati dalam institusi kekeluargaan.
Ketika ditemui OhBulan!, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 41, menegaskan bahawa kandungan sebegitu berpotensi menghakis kefahaman sebenar tentang hubungan suami isteri yang seharusnya dibina atas dasar hormat-menghormati, bukan ejekan atau sindiran melampau demi hiburan semata-mata.
Menurut pelakon filem Blood Brothers itu, ramai pengguna media sosial kini semakin mengabaikan sensitiviti dan batas peribadi semata-mata untuk meraih jumlah tontonan serta populariti.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan tegurannya dengan kegagalan rumah tangga terdahulu, Sharnaaz menegaskan dia langsung tidak terkesan dengan persepsi tersebut. Jelasnya, perpisahan bersama bekas isteri, Noor Nabila, tidak ada kaitan dengan isu hormat-menghormati antara pasangan.
“Saya langsung tidak terasa. Perceraian saya tiada kaitan dengan isu hormat antara pasangan.”
“Malah sepanjang perkahwinan, Noor Nabila tidak pernah bersikap kurang ajar terhadap saya. Kami berpisah kerana tiada persetujuan dalam banyak perkara.”
“Namun hingga hari ini, hubungan kami masih baik dan saling menghormati.”
Dalam pada itu, Sharnaaz turut menegaskan bahawa dia sentiasa bersikap profesional dan matang dalam mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya demi kesejahteraan anak mereka, Jebat Jayden.
“Hubungan kami okay sehinggakan dia sendiri pun tahu saya pergi mana. Saya akan tolong jaga anak kalau dia ada urusan.”
“Kami tak pernah ada masalah. Kalau saya ada teman wanita atau jika ada dia ada teman lelaki dan sudah berkahwin pun, saya tetap akan hormat pada suaminya.”
“Bagi saya, kalau kita sudah mempunyai sifat matang dan saling memahami, hubungan juga tidak akan ada masalah.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Sharnaaz Ahmad Dedah Punca Sebenar Bercerai Dengan Noor Nabila – “Bekas Isteri Tak Pernah Kurang Ajar Dengan Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments