#Hiburan: Konsert Dikritik Banyak Cacat Cela, Datuk Seri Siti Nurhaliza Beri Respon – “Jangan Cakap Sedap Mulut Je Ye”

Seorang individu dikenali sebagai hafeedzhurairah mencuri perhatian warganet selepas meluahkan rasa tidak puas hati terhadap konsert Siti Nurhaliza yang berlangsung sempena Legacy 30.

Menerusi perkongsian di media sosial sebelum konsert berlangsung, individu berkenaan mendakwa sesi pra-konsert mempunyai terlalu banyak kekurangan dan tidak setimpal dengan status Siti sebagai Biduanita Negara.

Advertisement

Tapi utk pre concert ni, terlalu banyak cacat cela yang saya rasa mcm apa benda niiii Tak setara dgn kualiti dan status beliau sbg seorang Biduanita NegaraTERLALUUU BANYAKKK CACAT CELA NYAAA zoners jangan nak beria positif sangat, kalau saya listkan ni, mmg korg setuju juga tapi in denial..

siti nurhaliza

Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat, dengan ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang mempertahankan penyanyi kesayangan ramai itu.

Tidak berdiam diri, Siti Nurhaliza turut memberi respon balas terhadap kritikan berkenaan dengan nada tenang namun berterus terang.

“Apa pun boleh buat dik kalau dapat sponsor & budget puluhan juta ye.. doakan semoga saya dapat buat macam tu suatu hari nanti🤲.. jgn cakap sedap mulut je ye😉

Respon tersebut sekali gus mengundang perhatian ramai, dengan sebahagian warganet menyifatkan kenyataan itu sebagai penjelasan realistik mengenai cabaran penganjuran konsert berskala besar, khususnya dari segi bajet dan penajaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jeslina hashim
2026-01-10 12:23:49

Penampilan Seksi 'Bareback' Jeslina Hashim Curi Tumpuan, Tegaskan Usia Bukan Halangan - "Saya Mahu Menua Dengan..."

The post Konsert Dikritik Banyak Cacat Cela, Datuk Seri Siti Nurhaliza Beri Respon – “Jangan Cakap Sedap Mulut Je Ye” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments