#Hiburan: “Kau Beria Menangis Depan Wartawan, ‘Open Bottle’ Ramai-Ramai Kat Club” – Puteri Balqis Ajak Mia Sara ‘Face To Face’

Pelakon muda, Puteri Balqis, mengejutkan ramai apabila memuat naik satu hantaran beremosi yang ditujukan kepada aktres dan pempengaruh, Mia Sara Nasuha, menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish meluahkan rasa terkilan terhadap individu yang didakwanya pernah mengaibkan ibunya serta keluarga secara terbuka sebelum ini.

Advertisement

Dalam hantaran panjang berkenaan, Aqish mendakwa Mia Sara pernah mengeluarkan kenyataan yang menyentuh soal didikan ibunya, selain turut ‘menyukai’ komen-komen berunsur hinaan terhadap dirinya dan keluarga.

“@therealmiasara Kau menangis beria depan wartawan. Beria kau cerita kau byk kelebihan yg org taktau. Kau dgn kawan kau sekor lagi sama je. Gunakan wartawan dan blog.”

“Ada kau fikir perasaan mak aku, mental health mak aku waktu kau malukan dia di depan orang ramai? Kau komen mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku,” tulisnya.

Pelakon berusia 18 tahun itu turut mendakwa individu rapat dengan Mia Sara, termasuk pengurus serta kenalan lain, pernah menghina ibunya secara terbuka di media sosial. Malah, Aqish menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu usaha untuk memperangkap keluarganya.

“Kami diam bertahun-tahun. Tak ada seorang pun tahu. Kau ingat aku lupa? Kau ingat aku bodoh?” luahnya lagi.

Selain kapsyen panjang itu, Balqis turut memuat naik sekeping foto yang mengandungi mesej memberi pilihan kepada Mia Sara sama ada mahu menyelesaikan isu tersebut secara terbuka melalui media atau bertemu secara berdepan.

“Kau boleh pilih, sama ada mahu menggunakan wartawan dan blog, atau jumpa aku terus.”

“Aku taknak dgr dari mulut org,” tulis Balqis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nubhan
2026-01-22 16:08:46

"Saya Tak Trauma Nak Mendirikan Rumah Tangga Baru" - Nubhan

The post “Kau Beria Menangis Depan Wartawan, ‘Open Bottle’ Ramai-Ramai Kat Club” – Puteri Balqis Ajak Mia Sara ‘Face To Face’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments