#Hiburan: “Bila Sampai Masa, Kami Sendiri Akan Buka Cerita” – Rizman Ruzaini

Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung tuntutan RM1.3 juta yang difailkan oleh pelakon Intan Najuwa, memandangkan kes tersebut masih dalam proses mahkamah.

Menurut duo pereka fesyen itu, setiap isu mempunyai dua sisi, namun mereka mengambil pendekatan untuk menghormati sepenuhnya perjalanan undang-undang yang sedang berlangsung.

Advertisement

“Setiap kisah mesti ada dua bahagian. Tapi kami tidak boleh memberi sebarang komen kerana semuanya masih dalam proses mahkamah,” kata mereka.

“Kami perlu menghormati proses mahkamah. Bila sampai masa, kami sendiri akan membuka cerita,” tambahnya.

Rizman dan Ruzaini berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen koleksi Syawal 2026 jenama Rizman Ruzaini yang berlangsung di butik mereka di Shangri-La Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas pendekatan yang diambil, jenama yang baru menyambut ulang tahun ke-20 dalam industri fesyen itu menegaskan kematangan menjadi prinsip utama mereka dalam menangani sebarang cabaran perniagaan.

“Sepanjang 20 tahun bergelar pereka fesyen dan usahawan, setiap tindakan yang kami lakukan perlu mencerminkan kematangan,” kata mereka.

“Setiap cabaran yang dihadapi, kami memilih jalan terbaik dan menyelesaikannya secara profesional.”

Ditanya mengenai reputasi jenama mereka selepas isu berkenaan tular, Rizman dan Ruzaini percaya sokongan padu daripada peminat menjadi kekuatan utama yang memastikan kedudukan jenama mereka kekal utuh walaupun berdepan kontroversi.

“Apa yang membuatkan kami terus kukuh selepas 20 tahun adalah sokongan yang sangat kuat,” jelas mereka.

“Mungkin isu ini tidak menjejaskan peminat rekaan Rizman Ruzaini kerana sokongan yang diberikan masih berterusan sehingga kini.”

Sebelum ini, Intan Najuwa tampil memberi kenyataan berhubung tindakan undang-undang yang difailkan oleh suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, terhadap Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil yang mewakili syarikat mereka, Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-29 15:50:47

Pelakon Lelaki Popular Ditangkap Polis Terlibat Kes Dad*h

The post “Bila Sampai Masa, Kami Sendiri Akan Buka Cerita” – Rizman Ruzaini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments