Pelakon, Puteri Balqis tampil menjelaskan perkara sebenar susulan tuduhan segelintir netizen yang mendakwa bapa tirinya, Farris mengambil dadah selepas satu foto tular di platform Threads.
Menurut laporan mStar, Puteri Balqis berkata dakwaan tersebut langsung tidak berasas dan tercetus akibat hasutan pihak tertentu yang berniat jahat.
Aqish menegaskan bapa tirinya seorang yang sangat menjaga pergaulan, terutamanya ketika berada di set penggambaran.

Sebelum ada yang ragu-ragu termakan hasutan haters, aku jelaskan di sini. Ayah tiri aku hari-hari bekerja.
Kalau mak aku sakit di rumah atau masuk wad, Farris akan jaga mak aku sepenuhnya. Team aku yang lain akan ambil alih kerja Farris.
Di set penggambaran, kalau artis atau kru ajak dia (Farris) hisap dadah, dia akan senyum, dia tolak dan terus pergi. Sama macam mak aku buat dulu. Tolak, senyum, pergi.
Dalam masa sama, pelakon drama Keluarga Itu ini turut memuat naik semula foto Farris yang dipertikaikan netizen, apabila cara memegang pemetik api dikaitkan dengan dakwaan sebagai penagih.
Lighter tu kami beli beberapa hari sebelum birthday Apak (panggilan Farris). Keluarga kami semua memang perokok. Memang kami memerlukan banyak lighter dan rokok. Untuk hadap haters macam ni.
Aqish turut mencabar mana-mana pihak untuk membuat laporan polis sekiranya benar bapa tirinya terlibat dengan bahan terlarang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Video Tersebar Dakwa Bapa Tiri Hisap Bahan Terlarang, Puteri Balqis Bersuara – “Kau Rileks Je Bang..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments