Pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta, Nadia Kesuma, dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baiknya yang juga Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah.
Menurut Anne, Nadia menaiki penerbangan pada malam sebelumnya menerusi sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah khas ke Tanah Suci termasuk destinasi luar negara seperti London.
“Sebaik sampai di Jeddah, dia ada mesej suaminya memaklumkan dia selamat tiba. Selepas itu, dia sepatutnya menaiki pesawat untuk ke London pula. Tapi pihak travel beritahu, dia tidak naik pesawat pergi ke London. Sekarang ini telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.
“Suaminya yang bimbang menghubungi saya. Jadi sekarang persoalannya sama ada dia masih di Jeddah atau berada di tempat lain, sebab dia memang tidak naik pesawat ke London itu.”
“Dia pergi sendirian saja. Di Jeddah memang sudah disemak, nama dia ada dalam sistem tetapi dia tidak check-in untuk penerbangan ke London,” katanya ketika dihubungi media.
Anne tidak menolak kemungkinan Nadia berdepan masalah selepas tiba di lapangan terbang berkenaan.

“Namun sebelum itu, dia ada mesej kepada suaminya dan beritahu ‘I met stranger’ (saya jumpa orang tidak dikenali), selepas itu terus tiada berita.”
“Sekarang ini kedua-dua telefonnya hanya ‘delivered’ tetapi tiada sebarang respon. Sejak semalam, suaminya sangat bimbang dan menghubungi saya. Saya pula terkejut kerana menyangka dia pergi bersama suaminya, rupa-rupanya dia pergi seorang diri dengan agensi pelancongan,” katanya.
Anne turut menjelaskan pakej yang diambil Nadia merupakan pakej umrah ziarah yang melibatkan beberapa negara.
“Pakej itu seperti umrah ziarah, contohnya ke Paris dan London. Laluan perjalanannya Jeddah, Makkah, Paris dan London. Sekarang memang ramai ambil pakej seperti itu,” jelasnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “I Met Stranger” – Pelakon Wanita Dilaporkan ‘Lenyap’ Setelah Tiba Di Jeddah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments