#Hiburan: Isteri Pertama ‘Pegang’ Passport, Lelaki Nekad Jumpa Isteri Kedua Di Indonesia Guna Jalan Tikus

Seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dari Perak ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menggunakan laluan haram bagi pulang dari Indonesia, dipercayai untuk menyembunyikan rahsia perkahwinan keduanya daripada isteri pertama.

Lelaki terbabit mendakwa terpaksa menggunakan laluan tidak sah atau “jalan tikus” kerana pasportnya disimpan oleh isteri pertama, yang tidak mengetahui kewujudan keluarga lain di Medan, Indonesia.

Advertisement

paspport malaysia

Rahsia itu terbongkar apabila lelaki berkenaan ditahan dalam satu operasi khas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, awal pagi semalam, bersama 28 pendatang asing tanpa izin (PATI), lapor New Straits Times.

Menurut Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, lelaki itu mengaku baru pulang dari melawat isteri keduanya yang kini hamil lima bulan.

Beliau dipercayai sanggup mempertaruhkan nyawa serta melanggar undang-undang dengan menggunakan laluan haram bagi mengelakkan rahsia poligaminya terbongkar oleh isteri pertama.

Operasi pertama dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam di kedudukan lebih kurang 1.5 batu nautika di barat daya Bagan Nakhoda Omar, hasil maklumat risikan berkaitan aktiviti penyeludupan manusia.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa memintas sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang dikendalikan seorang tekong warga Myanmar berusia 36 tahun. Di atas bot tersebut terdapat 26 warga Indonesia terdiri daripada 17 lelaki termasuk seorang kanak-kanak, serta sembilan wanita berusia antara lima hingga 53 tahun, selain dua lelaki warga tempatan.

Siasatan awal mendapati sindiket penyeludupan berkenaan mengenakan bayaran antara RM1,500 hingga RM2,500 bagi setiap individu, bergantung kepada jarak perjalanan dan lokasi pendaratan.

Kesemua suspek bersama bot yang dirampas telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin di Pulau Indah untuk tindakan lanjut. – NST

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas kp
2026-01-29 12:04:31

Bekas KP Perisikan Pertahanan Didakwa Terima Suapan USD20K, Beli Tiket 'Flight' Isteri RM64K

The post Isteri Pertama ‘Pegang’ Passport, Lelaki Nekad Jumpa Isteri Kedua Di Indonesia Guna Jalan Tikus first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments