Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan enam individu bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga dikenali sebagai eHati yang diadakan tahun lalu di Shah Alam, memetik Kosmo Online.
Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, kesemua yang ditahan terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki berusia antara 26 hingga 47 tahun. Mereka dipanggil memberi keterangan pada 18 Julai lalu berhubung program yang berlangsung dari 27 hingga 30 September 2024 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam.
Setakat ini, sebanyak 282 individu dikenal pasti untuk memberi keterangan. Seramai 38 peserta telah hadir untuk proses rakaman percakapan.
JAIS turut merampas tiga naskhah buku dan tiga cakera padat video (VCD) yang diserahkan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk disemak dari sudut hukum syarak dan kandungan.
Siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Tambah Mohd Shahzihan, JAIS kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor untuk tindakan lanjut.
Program eHati sebelum ini menjadi tular apabila sebahagian kandungannya yang didakwa berunsur sensasi dan tidak selari dengan prinsip Islam tersebar di media sosial. Ia menimbulkan persoalan ramai mengenai sejauh mana kandungan program motivasi seperti ini dikawal dan diteliti dari sudut agama sebelum dilaksanakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (TERKINI) JAIS Tahan 6 Individu, Siasat 320 Saksi Program eHati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments