Sebelum ini, hantaran pelakon, Kilafairy mengenai dirinya terdetik untuk membuka tudung dan mengakui susah untuk kekal istiqamah sememangnya membuatkan ramai pihak berasa terkejut.
Baru sedar susahnya untuk kekal istiqamah
Sedar meraih perhatian ramai susulan memuat naik hantaran sedemikian, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan menegaskan bahawa dia masih kekal bertudung biarpun pernah terlintas untuk buka.
Kata Kilafairy, sokongan dan kata-kata daripada rakan serta peminat sedikit sebanyak memberinya kekuatan untuk kekalkan imej bertudung.
Sekarang saya baru sedar betapa susahnya nak istiqamah. Sebelum ini saya selalu baca artikel tentang selebriti yang berjuang untuk kekal imej bertudung. Doakan saya terus kuat dengan imej ini.
View this post on Instagram
Nak lihat pandangan orang luar, kekal hormat agama
Dalam pada itu, pelakon tersebut sedar perkongsiannya sebelum ini memberi impak negatif tetapi tindakan tersebut dilakukan kerana mahu melihat pandangan orang luar.
Saya berkongsi kerana mahu faham daripada pelbagai sudut pandang. Saya ingin buat keputusan dengan hati terbuka, sambil kekal menghormati agama. Cuma saya masih belum buat apa-apa keputusan buat masa sekarang.
Tambahannya lagi, kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rohana Jalil juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam hidupnya kerana selama ini, arwah ibu merupakan insan yang selalu memberi kekuatan dan nasihat buat Kilafairy.
The post “Doakan Saya Kuat Dengan Imej Ni..” – Kilafairy Baru Sedar Susah Nak Kekal Istiqamah, Masih Mahu Bertudung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments