Melalui laporan Berita Harian, pihak kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif untuk petugas kesihatan melibatkan lima skim perkhidmatan kritikal di Kementerian Kesihatan (KKM), di mana ia menetapkan waktu bekerja kepada 42 jam seminggu.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), seramai 82,637 petugas kesihatan dikecualikan iaitu jururawat, jururawat masyarakat, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.
Setelah meneliti secara mendalam keperluan operasi dan hakikat tugas kritikal yang dijalankan oleh petugas kesihatan yang terbabit secara langsung dalam menyelamatkan nyawa pesakit dari katil ke katil tanpa mengira masa, kerajaan melihat tanggungjawab sedemikian menuntut tahap kesiapsiagaan fizikal, mental dan emosi yang luar biasa.

Difahamkan, langkah tersebut diambil susulan komitmen kerajaan MADANI untuk terus mendengar dan mengambil tindakan sejurus mendengar luahan pegawai kesihatan yang merupakan tunjang sistem kesihatan negara.
Sekadar info, sebelum ini, terdapat beberapa pihak telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai arahan terbaru SSPA yang memerlukan petugas hospital termasuk jururawat kerja syif bertugas selama 45 jam seminggu, di mana ia bertambah daripada 42 jam seminggu.
The post Lebih 82,000 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments