#Hiburan: Aliff Aziz Lari Daripada Media, Enggan Ulas Dakwaan Mahu Rampas Hak Penjagaan Anak Daripada Bella Astillah

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dilihat lari dan cuba mengelak daripada petugas media ketika menghadiri majlis The Kuala Lumpur Men’s Fashion Week malam semalam.

Menerusi rakaman tular, Aliff yang diiringi dua lelaki dilihat berjalan laju kerana menyedari dirinya akan menjadi tumpuan media yang mahu komen daripadanya berhubung isu bersama bekas isteri, Bella Astillah dan anak-anaknya.

Advertisement

Difahamkan, aktor tinggi lampai itu beberapa kali mengelak daripada pihak media apabila diminta untuk mengulas lanjut tentang dakwaan mahu merampas hak penjagaan anak daripada Bella.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Aliff juga turut menjadi bualan masyarakat baru-baru ini kerana dikatakan tidak menyambut ulang tahun kelahiran dua anaknya, Ayden dan Ara bulan ini.

Sebelum ini, ibunya, Siti Hafiza Basharahil meraih perhatian dan menjadi bualan netizen selepas didakwa menggesa penyanyi tersebut merampas semula cucunya daripada bekas menantu.Aliff Aziz dan ibunya

Bella Astillah dan anak anak

Bagaimanapun, Siti Hafiza kemudian menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan menyifatkannya tidak berasas serta hanya fitnah.

ibu aliff aziz didakwa gesa anak ambil hak penjagaan dua cucu
2025-07-18 14:03:16

Ibu Aliff Aziz Didakwa Gesa Anak Ambil Semula Hak Penjagaan Dua Cucu

The post Aliff Aziz Lari Daripada Media, Enggan Ulas Dakwaan Mahu Rampas Hak Penjagaan Anak Daripada Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments