Pengacara, Uyaini Arshad tidak berdiam diri dan tampil bersuara berkaitan satu hantaran di laman sosial Threads yang meluahkan rasa gemar terhadapnya secara terbuka.
Menerusi Instagram, Uyaina berkongsi tangkap layar hantaran tersebut dan komen netizen yang bersetuju bahawa mereka juga tidak suka dengannya.
Tulis Uyaina apa yang dilakukan mereka itu adalah contoh buli siber di masa kini dan dia menganggap mengutuk dan ‘menghentam’ seseorang secara berjemaah itu tidak boleh dinormalisasikan.
Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang berjemaah macam ni? Is this okay? Behaviour ni accepted ke di zaman 2025 ni?
Akui sering menerima kritikan sebelum ini namun kata Uyaina kali ini dia memilih untuk tidak membiarkan perkara tersebut berlaku begitu sahaja.
Tambah Uyaina, dia mengerti bahawa manusia tidak boleh puaskan hati semua orang dan buat orang suka pada kita namun dia terima sahaja sekiranya komen-komen tersebut hanya kritikan tentang kerja.
Mana-mana komen yang boleh saya perbaiki diri, saya akan cuba perbaiki. Tapi mana-mana komen yang personal attack berdasarkan personal preference, itu buli siber. Dan itu tidak okay.
Orang lain tak ada support system macam mana?
Ujar Uyaina dia bernasib baik dan bersyukur mempunyai sistem sokongan dan mental yang kuat namun katanya bagaimana dengan mangsa buli siber yang lain, yang tiada sokongan sepertinya.
Berapa ramai orang yang sorang-sorang? Dan kata-kata yang tajam ni akan buat dorang depression dan suicidal? Pernah terfikir tak?.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Uyaina Arshad Jadi Bahan Kutukan Secara ‘Berjemaah’ Ramai Wanita – “Dari Dulu Tak Berkenan Dengan Dia…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments