#Hiburan: (VIDEO) Ahmad Dhani Selongkar Temu Bual Lama Maia Estianty Burukkan Mulan Jameela, Anggap Bekas Isteri Pemfitnah Dan Tak ‘Move On’

Nama pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, kembali mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah video kontroversi di saluran YouTube miliknya bertajuk “Kompilasi Gibah dan Fitnah Maia Estianty (di saat sudah punya suami)”, semalam.

Dalam video berdurasi 24 minit 20 saat itu, Dhani menyusun pelbagai rakaman temu bual membabitkan bekas isterinya, Maia Estianty, yang menurutnya mengandungi unsur ‘fitnah’ dan ‘gibah’ terhadap dirinya serta isterinya sekarang, Mulan Jameela.

Advertisement

Menurut Dhani, video tersebut bukan bertujuan menyerang sesiapa, sebaliknya dibuat sebagai usaha mempertahankan Mulan dan anak mereka, Ali, daripada terus menjadi sasaran kecaman netizen.

Konten ini dibuat atas dasar pembelaan kepada Feea dan Ali yang bundanya terus difitnah dan digunjing,” katanya dalam video berkenaan.

Dalam kompilasi itu, Dhani menyelitkan beberapa petikan temu bual Maia bersama saluran YouTube selebriti terkenal.

Apa yang menarik perhatian ramai, setiap kali Maia memberi kenyataan yang dikatakan menyentuh dirinya atau Mulan, Dhani akan memaparkan label besar bertulis ‘Gibah’ atau ‘Fitnah’ di skrin video.

Selain itu, beberapa petikan ayat al-Quran dan pandangan ulama turut dimuatkan sebagai hujah menyokong pendiriannya bahawa membuka aib atau menyebar tuduhan palsu adalah perbuatan tidak wajar.

Dalam video yang sama, anggota kumpulan Dewa 19 itu turut menafikan dakwaan bahawa dia pernah curang dengan Mulan sewaktu masih bersama Maia. Dhani juga menolak tuduhan Maia berkaitan kejadian keganasan rumah tangga (KDRT) sebelum mereka bercerai.

Video tersebut segera tular dan mencetuskan perdebatan netizen — ada yang sokong Dhani, namun ramai juga pertahan Maia. Tindakan itu turut menghangatkan semula isu lama antara tiga bekas anggota kumpulan Ratu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syed saddiq bella astilla
21 hours ago

"Kami Akan Kuburkan Karier Politik YB.." - Surat Terbuka Individu 'Ugut' Nak Rampas Muar Jika Syed Saddiq Tinggalkan Bella

The post (VIDEO) Ahmad Dhani Selongkar Temu Bual Lama Maia Estianty Burukkan Mulan Jameela, Anggap Bekas Isteri Pemfitnah Dan Tak ‘Move On’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments