Penyanyi terkenal, Ara Johari meluahkan rasa kecewa terhadap sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu Perodua Axia berwarna kuning yang melanggar keretanya sebelum melarikan diri tanpa sebarang permohonan maaf.
Kejadian tersebut berlaku pada malam Sabtu ketika Ara, atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, sedang dalam perjalanan untuk membuat persembahan.
Menurut Ara, dia sememangnya berada di dalam kenderaan ketika insiden berlaku dan menyifatkan tindakan pemandu itu sebagai biadab kerana langsung tidak menunjukkan rasa tanggungjawab.
Abang bawa kereta Axia kuning, dah cium kereta saya sikit itu tak nak minta maaf ke?
Penyanyi lagu Bunga itu turut berkongsi kejadian tersebut di Instastory miliknya pada Ahad, 20 Julai, sambil menyertakan nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Walaupun insiden itu tidak mengakibatkan kerosakan serius pada kenderaannya, Ara tetap kecewa kerana dia menjaga keretanya dengan baik dan mengharapkan rasa hormat daripada pengguna jalan raya lain.
Abang nampak kan saya dekat dalam itu? Penat saya jaga kereta tau. Merajuk!
Setakat ini, cubaan pihak media untuk menghubungi Ara bagi mendapatkan maklum balas lanjut gagal apabila panggilan dan mesej WhatsApp tidak dibalas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Dah ‘Cium’ Tak Minta Maaf, Ara Johari Kesal Pemandu Axia Kuning Lari Selepas Langgar Keretanya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments